Wednesday 1 February 2017

Happy Chinese New Year...Thai lagi....Route...Satun-Pakbara-Hatyai-Pattani-Yala-Betong-

Happy Chinese New Year


 buat kengkawan chinese...student chinese....hehe...

cuti2 korang kemana? Coti lagi ke tu?Atau masih duk depan tv ngadap sambil kunyah limau mandarin...?

raya-raya ni highway utara selatan mmg padat....kemana cuti hakak kali ni???

cuti kak jel kali ni jelajah..

SATUN-Pakbara-Hatyai-Pattani_Yala_Betong

THAILAND LAGIIIIIIIIIIII

as usual...bang Jel suka buat trip last minit (trip 3 saat)  sampai sempot dada hakak....
pagi tu jalan cantik....tapi jem suam2 kuku...ok la tak la sangkut lama umpama leh siap bentang tikar makan nasi kat tepi bahu jalan... atas lebohraya tu...keadaan lalu lintas tika itu masih boleh lagi di layannnkan.....tgk atas jalan...pandang kanan ...chinese...pandang kiri chinese....yela mereka nak raya kan...harus la balik kampung....yang henko ni kak jel pon turut atas jalan raya juge...nyebokkk je kan....hahaha
ehh cuti lama kan..harus la luaskan pemandangan...



 pit stop...sementara tunggu urusan beli insurance thai n isi form puteh antarabangsa.....(antrabangsa le sangatttt) kita selpiselpot....n makannnnn.....

isi form segala mak nenek ni 


form istihar kenderaan...benda yang wajib isi sebelum melepasi border THAI

 imigresen wan kelian.sempoi ...tak busy tak sesak.....


ayah ada aci takda⇑

aci ada ayah pulak tak ada ⇓


 tak sampai 10 minit kami dah siap cop passport....taraaaaaa....tak perlu belengas2 peloh ketiak.....

semasa dalam perjalanan nampak plak orang jual lelayang....
dah lama anak2 ni menagih si ayah suh buatkan lelayang...dari cuti sekolah nov sampai la tika ini...ayah belikan je senang katanya....kemain suka si mamat jual  lelayang ni...agaknya dari pagi kot dia duk meniaga...masa si habang jel ni...bayar..dia siap layur2 kan duit tu kat setiap lelayang yang ada,,,kirenya kalau kat indonesia tu...umpama..pecah telor.,,,,


singgah solat sat

  



my big family...ni pon x semua ada

 masak dulu



dimana2 pasti ada tercetus perselisihan .,,,


Day 2...Hatyai.....

 kali ni kami tukar selera plak pilih V Hotel and resort sebagai peginapan kami malam tu di Hatyai........

kenapa kami pilih hotel ni...sebab ada ruang parking..konsep hotel and resort kat sini...parking bawah ...bilik kat atas....bersih dan selesa...rumah yang kami pilih ada tangga so kene naik tangga la sket...kot yang ada anak setahun lebih yang baru dapat kaki...boleh la pilih bilik yang tak ada tangga....

 sementara tunggu tuk tuk lalu depan hotel,.....snap2....petang tu kami ke floating market...waktu terbaik nak ke floating market,,,,hari Jumaat,sabtu,ahad....lepas asar sampai jam 8 malam...waktu Thai...

 dia suh ibu amik gambar dia kat sheep....kenkonon berjaya tunggang sheep comel....
 abah teringin sangat duduk kat depan.....lepas duduk kat depan...dia kata xnak dah duk depan..sbb sempit sikit...lelagi tak reti nak sembang apa ngan drebar tu .....kekangan komunikasi...ayam hetek....

 kami si penumpang.....

 hasil tangkapan kat floating market...ayam goreng,somtam betik,air 3 balang...n arrash nenagis nakkan bot...sebab dia nak bot yang bebtul atas air tempat makcik2 ni niaga...ko ingat boleh beli ke dekkk oi...udahnya...si nenek n atok...x sampai ati...suh belikan yang mainan....150 THB terbang....

 sebelum dapat bot...si Arrach ni dah pau ayah dia kereta control 300THB...brapa banyakkkk ntah mainan dia ni.....

hajat kami senonya selepas floating market nak ke Lee garden....
bleh masaj atau makan nasi lemak ayam goreng...mmg terkenal kat situ...tapi kat situ sesak dek kerana ada festival chinese new year...so kami ke Asean night market...situ sorgaaaaaaa dek non.....ko bwk la  duit segunung...bisa muplissss hehehe

selepas dari night market kami ke restoren...mmg terkenal di kalangan org malaysia yang datang situ
Restoren kaitod de cha

menu special kami malam tu...sizling seafood.....deabakkkkkk



Day 3 Pattani-Yala



masjid kerisik
masjid terawal  di wilayah Pattani...
Berdasarkan kepada maklumat  yang diperolehi Selatan Thailand merupakan wilayah asal orang melayu sehingga sekarang dan jika di selidik sejarah, ia merupakan sebuah negara yang bernama Fathoni Darussalam. Mereka tidak jauh bezanya daripada sejarah Malaysia iaitu mempunyai sistem Sultan dan kebanyakan mereka berketurunan dari Kelantan, Kedah dan Melaka.

Namun, selepas penjajahan British, Selatan Thai ini di beri kepada kerajaan Siam dan dimasukkan bersama dalam negara Thailand. Bumi selatan Thai atau Fathoni ini merupakan bumi yang subur yang penuh dengan kehijuan tumbuh-tumbuhan serta hasil laut malah mempunyai hasil galian yang cukup lumayan seperti minyak dan emas.

Apa yang mendukacitakan, negeri yang subur ini merupakan negeri yang bergolak yang menjadi perebutan antara kerajaan Siam dan pejuang Melayu. Hal ini menjadi semakin teruk bila berlakunya kes kecurian senjata di kem tentera dimana pihak keraan Siam dibawah Perdana Menteri Takhsin Shinawat menuduh pejuang Islam mencuri. Dari situ tentera di hantar masuk ke negeri kecil ini dan berkubu sehingga sekarang dengan alasan untuk membanteras puak pemisah.
Akan tetapi lain pula jadinya dimana pendudukan Islam di sana pula menjadi mangsa kekejaman askar Siam dalam beberapa tragedi seperti peristiwa Tabal (Takbai) dan Peristiwa Masjid Kerisik yang mengorbankan ribuan nyawa umat Islam.Pada 28 April 2013, sudah 9 tahun tragedi Majid Kerisik (Kruse Mosque ) berlalu dan yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Pattani. Mereka kehilangan saudara-mara dengan sekelip mata sahaja dan ada juga yang cacat kekal. Sehingga sekarang menurut masyarakat setempat,  pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Masjid Kerisik merupakan salah sebuah masjid dalam Wilayah Pattani yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beribadat. Peristiwa berdarah berlaku sewaktu masyarakat baru selesai menunaikan solat fardhu dan dengan tiba-tiba di kepung oleh tentera Siam, jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam kubah masjid.

Dapat dibayangkan situasi pada masa itu, rakyat yang tidak berdosa di bunuh sebegitu rupa yang cukup menggambarkan kekejaman pihak tentera dan kerajaan Thailand pada masa itu sehingga mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa. Bukan setakat membunuh malah penduduk di ugut oleh ketua tentera dengan menggunakan pembesar suara masjid yang mengingatkan agar memberitahu yang melakukan ini adalah puak pemisah jika ditanya oleh pihak luar.-ihsan sumber http://beladauseri.blogspot.my terima kasih.


  
 singgah sebentar ...beli ayam golek..buat alas perot....
 
 rehat sekejap,,,,sementelah lalu jalan berpusing2.....lokasi kami kat piyammit tunnel betong

 bile bwk orang tua jalan...memang memacam pokok kalau boleh dia nak hangkut bawak balik....dia gi borong baka durian motung...nak nyebut pon tak reti...tapi yang aku tahu baka baik....ko tunggu lagi 5 tahun...kot hakak tayang gambo bubur durian ke...pulut derian ke...atau makan durian bawah pokok sambil berkain batikkk.......haaaa ni ...petanda dari hasilnya la ni....


 haaaaaa ni salah satu icon betong...iaitu betong bridge....hakak tak dapat menjoinkan diri ....kerna...si putera senang enak tido di pangkuan hamba...makanya hamba hanya mampu melihat sahaja....

 petang kami di betong....kami reronda pekan betong...tak tak berapa besar mana...tapi semestinya ada sesuatu yang menarik kat situ....iaitu...tunnel,monumen ayam besar,n kedai tomyam yang sangatttt best....
jus pegaga,,,,wowwwww melelh air liur tetibe
 tuk tuk

 tuk tuk
 monumen ayam
 ayam sekor ni ajak sekampung makan inshaAllah tak habis makan

 tengok si kenit tu....dia mmg unipom superhero

 family superhero yang tak berapa nak ada kuasa....


 si kenit ni,,,,sebok nak duk baris depan kamera....

dah puas gambo mohhh isi perut yang dari tghr tadi kita jamak kan makan malam terus kat Tuan Kitchen...kat sini ada jus pegaga...ikan steam dia mmg terbaikkkkk wokkkkk....jarang jejumpa kat tempat kita....


 anak sapa ni duk tetengah jalan...

 naifff sangat kan muke hakak....silau dek non....nahhh ni kami semasa di imigresen betong thai....tak berapa ramai...bangunan baru...perjalanan mengecop paspport berjalan lancar,,,,mak sukaaaaa


kalau dah nampak ni petanda......percutian kita dah habissss...duit pon nnnnnnn HABISSSS

moh kembali ke pangkal jalan....
kita kumpul dana untuk next next trip....
huaaaa masa ni dah terbayang jem kat highway utara selatannn
masakkkkk nak menmpuh jem

k byeeeeeeeeeee


No comments:

Post a Comment