Dari DIA kita datang...dan KEPADA DIA kita mengadap Kembali...
DIA sebaik2 pencipta...
DIA sebaik-baik perancang
sejak di tiupkan roh ke jasad...DIAlah sebaik2 pencipta....
titipan..bingkisan ringkas buat sahabat lama...
yang pernah satu tika dahulu...penutup era 80an
kita menuntut ilmu di bangku sekolah yang sama
sama-sama membesar di sekolah yang sama
sama-sama belajar
sama-sama nakal
sama-sama main..
kelas kita hanya 21 orang...
12 perempuan 9 lelaki
terkenal dengan kelas paling bising satu tika dahuu
sekolah ceruk kampung
apa-apa aktiviti pertandingan bola sepak mahupon yang lain.....
jarang sekali batch kami menghantar wakil
akibat kekurangan peserta
aku masih ingat lagi......
semasa tahun UPSR
cikgu-cikgu cukup gentar semasa batch kami menghadapi peperiksaan UPSR
peratusan keputusan UPSR sekolah tahun sebelum2 itu sangat baik,
risau akan batch "kami"
pepatah mengatakan
dont judge the book by its cover
alhamdulillah pencapaian batch kami sangat membanggakan ..
cikgu-cikgu pon tak sangka sampai mengalir air mata berikutan dengan keputusan peperiksaan
diantara kami yang hanya 21 orang ni....
kau seorang je yang dapat keputusan cemerlang dalam UPSR
4A waktu itu...
yang lain pon cemerlang tapi tidak sepeti kau...
begitu juga dengan sekolah rendah agama.
..kau juga pelajar terbaik di kalangan kami.
tapiiiiiii
hari ni
aku di kejutkan dengan berita yang aku tak sangka
kau telah kembali kepada Pencipta..
walaupon hampir 20 tahun tak berjumpa
tapi di sebabkan,,,kita sekampung,,,satu sekolah ,...sekelas...
sahabat yang aku kenal dari kecik
sikit sebanyak ...aku dan sahabat yang lain,,,sahabat seusia,,,, terasa akan kehilangan ,,,,
terasa...cepatnya,,kau pergi
aku dengan yang lain rasa tak terungkap dengan kata-kata
aku tahu MATI ITU PASTI
tapi aku tak PASTI banyak mana bekalan yang aku ada untuk hari aku nanti ??
ya Allah jadikan la aku sebagai hamba yang sentiasa akan ingatkan MU ya ALLAH
lindungi lah aku,keluargaku,,dan sahabat-sahabatku ku,jauhi la kami dari malapetaka....
jadikan la kami insan yang beriman dan sentiasa takutkan akan DOSA.....
aku tidak pandai berbicara,mahupon dalam penulisan
tapi ini lah secebis tulisan dan lukisan yang aku dapat kongsikan
buatmu sahabat,teman sepermainan
semoga engkau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman
amin...ya rabbal alamin
inalillahiwainnahirajiunnn
Alfatihah buat
IRWANDI BIN WAHID